fbpx

Shila Amzah, Ubai di ambang perkahwinan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA Amzah dan Ubai kini sangat terbuka berkongsi kemesraan mereka dalam media sosial.

KEMESRAAN antara penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media, Ubai bukan lagi rahsia apabila lelaki itu turut setia berada di sisinya ketika terlantar di hospital, baru-baru ini.

Tidak hairan ramai peminat mendoakan kebahagiaan pasangan yang mendedahkan mereka sedang dilamun cinta awal bulan lalu itu.

Terbaharu video yang dikongsikan penyanyi berusia 33 tahun itu membuatkan pengikutnya tertanya-tanya, sama ada mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Dalam siaran langsung di Instagram, Shila secara bergurau berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka nanti.

“Kompang dah ‘booking’ (tempah) belum? ” katanya.

Terdahulu menerusi sesi siaran langsung dalam akaun TikTok, Ubai, 25, membuat pengakuan menyukai Shila sejak berusia 13 tahun.

Mizz Lahar doakan semoga kata-kata gurauan menjadi realiti. Lagipun dua-dua solo, siapa nak halang.

MIZZ LAHAR: Teringat kenangan terserempak dengan seorang artis senior dan kekasih mudanya yang berstatus suami orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI