fbpx

Penantian 8 tahun membuahkan hasil, kaki pancing bawa pulang RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Setiausaha MPAJ, Julaihah Jamaludin (tiga dari kanan) bersama para pemenang Cabaran Joran Ampang Jaya 2023 semalam.

AMPANG – Selama lapan tahun penantian, pemancing Muhamad Shahrul, 33, berjaya menaiki podium dan memenangi RM5,000 setelah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan memancing Cabaran Joran Ampang Jaya di Tasik Perdana, di sini, Ahad lalu.

Shahrul yang tinggal di Sungai Buloh, berjaya menaikkan ikan patin seberat 1.795 kilogram (kg) sekaligus menewaskan hampir 600 peserta termasuk peserta dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Melaka.

“Sudah lama saya tunggu untuk naik podium akhirnya tercapai juga. Wang kemenangan akan dikongsikan bersama keluarga yang banyak menyokong serta persiapan perbelanjaan hari raya akan datang.

“Alhamdulillah, tidak percaya saya menang kali ini, wang kemenangan ini saya akan manfaatkan sebaiknya,” katanya yang aktif memancing sejak lapan tahun lalu.

Menurutnya, dia menggunakan umpan roti berperisa strawberi sepanjang pertandingan dan spesies patin ‘bertuah’ itu berjaya dinaikkan sekitar pukul 10.23 pagi.

“Sebelum ini, paling bertuah pun saya hanya dapat kedudukan di bawah sahaja. Saya harap penganjuran ini dapat diteruskan kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Noor Hashim Sapri, 42, dari Selayang, Selangor memenangi tempat kedua apabila menaikkan ikan haruan seberat 860 gram (g) membawa pulang RM2,000.

Seterusnya, pemenang tempat ketiga Abu Shah Johari, 42, dari Kampong Berembang, Selangor peroleh RM1,000 selepas menaikkan ikan Lekoh seberat 735 g.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, penganjuran Cabaran Joran Ampang Jaya 2023 diharapkan dapat meningkatkan promosi pelancongan domestik di kawasan tasik di Ampang Jaya.

“Saya berpuas hati dengan sambutan baik daripada kaki pancing yang mana turut disertai oleh pelbagai bangsa dan usia.

“Acara pertandingan memancing dalam Cabaran Joran Ampang Jaya bakal dijadikan acara tahunan memandangkan sambutan yang diterima sangat baik.,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI