PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan bagi enam negeri pagi ini.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hujan di satu dua tempat bagi Terengganu, Pahang dan Johor.
Seterusnya, cuaca sama dijangka di beberapa kawasan pantai negeri Perak.
Katanya, cuaca buruk tersebut juga dijangka di Sabah iaitu di sekitar Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi negeri Sarawak pula, hujan diramal di kawasan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu. – KOSMO! ONLINE.