fbpx

Kereta anggota polis halang lalu lintas dikenakan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta anggota polis yang menghalang lalu lintas di Persiaran Brash, Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Polis mengesahkan pemandu dan pemilik kereta yang terdapat ‘vest polis’ di dalamanya yang tular kerana menghalang lalu lintas di Persiaran Brash di sini baru-baru ini, dikenakan tindakan saman.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku Sabtu lalu pukul 6.29 petang di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo.

Katanya, berdasarkan semakan, kereta jenis Proton Saga berwarna hitam itu adalah milik pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah.

“Ketika kejadian, kereta itu dipandu oleh saudara anggota tersebut dan semakan juga mendapati, vest polis yang berada di papan pemuka kenderaan merupakan milik penjawat awam itu.

“Sehubungan itu, pemandu kenderaan telah dikenakan saman di bawah Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59 kerana membuat halangan lalu lintas dan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah.

“Pemilik kereta juga disaman mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana membenarkan seseorang memandu kenderaan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu juga dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Perak untuk siasatan dari sudut tatatertib terhadap pegawai rendah polis berkenaan.

Tegasnya, pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI