fbpx

Tiada keperluan pilihan raya di 4 DUN Pulau Pinang – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia memandangkan DUN Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang dari dua tahun mengambil kira proviso di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

“SPR telah menerima pemakluman daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung status kekosongan luar jangka empat kerusi DUN negeri itu.

“Pemakluman itu diterima melalui surat bertarikh 6 Mac (semalam) selepas usul pengisytiharan kekosongan di bawah perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Senarai kerusi dan ahli DUN yang terlibat adalah Seberang Jaya N10 (Dr. Afif Bahardin), Sungai Acheh N21 (Zulkifli Ibrahim) Bertam N2 (Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq) dan Telok Bahang N40 (Zolkifly Md. Lazim).

Semalam, empat ADUN pembangkang Pulau Pinang itu diarah keluar meninggalkan sidang DUN selepas usul pengosongan kerusi disandang mereka diluluskan sidang DUN.

Terdahulu, usul Pengisytiharan Kekosongan Kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang itu dicadangkan oleh Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (PKR-Pinang Tunggal) dan disokong Jagdeep Singh Deo (DAP- Datuk Keramat).

Ini selepas mengambil kira kepentingan usul tersebut yang berkaitan dengan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta berikutan keputusan mahkamah berkenaan enakmen anti lompat parti pada 2 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI