fbpx

Lelaki derita ‘kaki gajah’ perlukan RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRUL ANUAR (kanan) menunjukkan kaki kanannya yang membesar sehingga melebihi 100 kg ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buaia, Padang Rengas baru-baru ini.

PADANG RENGAS – Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan kerana menghidap penyakit digelar ‘kaki gajah’ membataskan pergerakan Shahrul Anuar Halimi, 47.

Bengkak pada kaki kanan akibat kerosakan salur limfa menyebabkan anggota badan itu membesar dengan berat me­lebihi 100 kilogram (kg) sekali gus menyebabkan Shahrul Anuar yang juga bapa kepada dua anak tersebut kini hanya terlantar.

Meskipun sudah 21 tahun menderita penyakit itu, Shahrul Anuar sama sekali tidak pernah berputus asa untuk berjalan semula seperti manusia normal lain.

Impian itu bakal menjadi kenyataan selepas dia membaca kisah kejayaan pembedahan seorang pesakit yang meng­alami penyakit sama di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Shahrul Anuar dijangka menjalani pembedahan yang mene­lan kos lebih RM80,000 itu pada Mei ini dan setakat ini, sebanyak RM20,000 berjaya dikumpul ha­sil sumbangan orang ramai dan kenalan.

“Apa yang membuatkan saya terharu apabila menerima sampul berisi 16 keping wang RM1 yang diberikan jiran.

“Semasa menerima wang itu, saya rasa tidak tergamak untuk ambil. Saya menangis me­ngenangkan keikhlasannya untuk membantu saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buaia di sini.

Menurut bapa Muhammad Hakimie, 21, dan Nurul Fatihah, 21, yang berstatus orang kelai­nan upaya (OKU), antara perkara yang mahu dilakukan selepas menjalani pembedahan tersebut adalah untuk ke masjid.

Lelaki itu merindui suasana solat di masjid, namun keadaan fizikalnya yang sukar bergerak menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian walaupun masjid terletak 500 meter dari rumahnya.

“Saya mahu pergi ke masjid, sudah lama tidak ke sana. Saya terlantar lebih dua tahun dan rasanya sudah lapan tahun tidak ke masjid,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Intanursyima Abd. Halim, 47, berkata, dia melakukan banyak kerja walaupun keadaannya terbatas bagi menampung perbelanjaan rawatan perubatan suami.

Katanya, selain menjual pelbagai jenis kerepek dan makanan lain, wanita itu juga meneruskan perniagaan perapan ayam dan kambing yang diusahakan suaminya.

“Harapan saya agar pembedahan nanti berjaya, saya mahu lihat dia berjalan,” katanya. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 158097689705 atas nama Shahrul Anuar atau menghubungi talian 013-5931805.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI