fbpx

K2

PSH, APEL insiatif buat warga emas belajar di IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usia bukan penghalang kepada seseorang untuk berjaya. - Gambar hiasan

PELUANG warga emas di Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi masih terbuka menerusi beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh beberapa universiti tempatan.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah Insentif pembiayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada warga emas.

Menurut Timbalan Pengarah Institut MyAgeing, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, PSH telah dilaksanakan dengan memberikan diskaun 50 peratus yuran pengajian kepada warga emas kurang mampu.

“Terdapat beberapa IPT yang sudah laksanakan PSH antaranya Universiti Sains Malaysia (USM) dan Open Universiti Malaysia (OUM).

“Insentif ini telah memanfaatkan 1,972 pelajar warga emas yang mempunyai hasrat untuk menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT),” katanya kepada K2 baru-baru ini.

Jelas Rahimah lagi, pelaksanaan PSH adalah langkah wajar yang memberi sinar buat warga emas di Malaysia menyambung pengajian.

Pihaknya juga sentiasa menggalakkan lebih banyak IPT supaya laksanakan inisiatif bagi merealisasikan peluang pembelajaran sepanjang hayat buat warga tempatan.

“Pendidikan tidak hanya terhad buat golongan muda tetapi semua lapisan umur yang mempunyai keinginan dan tekad untuk menambah ilmu di dada,” ujarnya.

Sementara itu, peluang warga emas menyambung pengajian turut terbuka menerusi laluan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Katanya, APEL memberikan fleksibiliti kepada pelajar untuk menentukan sendiri tempoh penamatan pengajian dan gunakan pengalaman lampau untuk dapatkan kelayakan akademik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI