fbpx

Jadikan pemilihan UMNO paltform untuk bersatu padu – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

PETALING JAYA – Pemilihan UMNO 2023 perlu dijadikan sebagai platform untuk bersatu padu dalam kalangan ahli bagi mengukuhkan parti itu selepas ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ahli UMNO juga diingatkan supaya tidak menggunakan pemilihan UMNO untuk memburukkan lagi perpecahan dalam parti.

“Pemilihan UMNO kali ini mesti dijadikan medan untuk menyatu dan bukan untuk memburukkan lagi perpecahan antara kita.

“Kita perlu bersama-sama menguat dan mengukuhkan parti. Jadi gunakanlah hak kita ini dengan cermat, teliti dan bijaksana,” katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Sementara itu, pemilihan UMNO kali ini menyaksikan seramai lapan calon Naib Presiden, 95 calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi, lapan calon Naib Presiden, dua calon Ketua Wanita, empat calon Ketua Pemuda dan enam calon Ketua Puteri.

Terdahulu, media melaporkan pemilihan UMNO diadakan bermula sejak 1 Februari hingga 18 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI