fbpx

Warga emas lari ikut lelaki Bangladesh semasa tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murni hilang selama sebulan selepas mengikuti lelaki Bangladesh ketika berada di Arab Saudi. – Istimewa

JAKARTA – Seorang warga emas dari Wonosobo, wilayah Jawa Tengah yang melarikan diri bersama lelaki Bangladesh ketika menunaikan umrah akhirnya pulang ke Indonesia, lapor portal berita Okezone.

Wanita dikenali sebagai Murni, 61,  sebelum ini dilaporkan hilang selama sebulan selepas mengikut lelaki berkenaan ketika berada di Arab Saudi.

Pemilik Firdaus Mulia Abadi Tour, Tri Winarto berkata, Murni mengikuti ibadah umrah anjuran syarikatnya pada 1 Februari lalu.

“Sebulan yang lalu, dia mendaftar untuk mengerjakan umrah dengan syarikat kami. Dia berasal dari Wonosobo dan mengikuti pakej umrah selama 11 hari.

Namun pada hari ketiga berada di Tanah Suci, Murni tiba-tiba menghilangkan diri. Selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV), Murni didapati mengikut seorang lelaki warga Bangladesh.

“Sehingga kami pulang (ke Indonesia) pada 11 Februari lalu, Murni tidak juga muncul. Selaku pengendali, kami berasa keliru,” kata Tri.

Tambahnya, situasi itu membuatkan syarikatnya disenarai hitam dan dikenakan denda oleh kerajaan Arab Saudi kira-kira 250 juta rupiah (RM72,812).

Selepas sebulan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk keluarga dan kerajaan Arab Saudi, Murni akhirnya berjaya dikesan.

“Selepas kami menemui lelaki Bangladesh tersebut, dia berjanji untuk memulangkan Murni kepada wakil kami di Arab Saudi.

“Akhirnya, Murni pulang ke Indonesia pada Rabu minggu lepas,” jelasnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI