fbpx

Penunggang motosikal maut bergesel dengan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas kemalangan di Bulatan Jalan Lapangan Terbang Subang, Petaling Jaya, 17 Januari lalu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut ketika menerima rawatan selepas motosikal ditungganginya kemalangan dengan sebuah kereta jenis Honda City di Bulatan Jalan Lapangan Terbang Subang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mendapati kemalangan menimpa mangsa berlaku pada 17 Januari lalu, sekitar pukul 8.30 pagi.

Katanya, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang jatuh selepas motosikal Yamaha 135LC ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di lorong yang sama.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

“Pagi tadi, mangsa telah disahkan maut ketika menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Fakhrudin, pihaknya mohon agar sesiapa berada di lokasi dan melihat kejadian tampil ke balai polis berdekatan.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI