fbpx

Turkiye pernah bantu syarikat Malaysia ketika Covid-19 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Turkiye pernah membantu negara hingga mencecah ratusan juta untuk menyelamatkan syarikat tempatan ketika Covid-19 melanda.

Beliau berkata, atas dasar itu, Malaysia membalas jasa Turkiye dengan menghantar bantuan kepada negara itu ketika gempa bumi, awal bulan lalu.

“Ada yang kritik saya, kenapa bagi banyak sangat bantu dekat Turkiye. Sebenarnya tidak banyak kita bagi, kecil sahaja.

“Semasa kita ada masalah Covid-19 dan ekonomi, banyak pelabur kita di Turkiye dan pada masa itu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bantu kita cecah ratusan juta untuk menyelamatkan syarikat kita.

“Jadi persahabatan antara kita, tentu saya sebagai sahabat peribadi dengan Erdogan, bila dalam susah kita ringankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2023 dan Jamuan Makan Tengah Hari Perdana Menteri bersama pasukan penyelamat misi bantuan kemanusiaan dan bencana Malaysia ke Turkiye di Parlimen, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI