fbpx

Rampas tanah persendirian sewa pelupusan sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tanah persendirian yang disewa kepada pihak tertentu bagi aktiviti pelupusan sampah haram di Selangor bakal dirampas jika pemiliknya mengingkari notis arahan pemulihan.

Tindakan tegas Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) itu selaras dengan ketetapan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.

Pengarah Tanah dan Galian negeri, Dr. Yusri Zakariah berkata, pihaknya mengakui isu sampah haram itu serius dan berlaku di beberapa daerah termasuk Kuala Selangor, Sepang dan Hulu Langat.

“Mana-mana pemilik yang didapati melanggari peraturan dengan menyewa tanah mereka akan diberikan Notis 7A mengikut akta ditetapkan. Mereka akan diberi tempoh tertentu bagi pemulihan dan pembersihan semula tanah berkenaan.

“Kompaun berjumlah RM100 sehari akan dikenakan sepanjang proses itu dan tindakan merampas tanah akan diambil jika pemilik gagal mematuhi notis tersebut,” katanya selepas program Sesi Town Hall Bersama Penolong Pegawai Tanah Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI