PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di empat negeri hingga pukul 5 petang ini.
Menerusi kenyataan di laman sesawang MetMalaysia, ia dijangka berlaku di beberapa daerah melibatkan Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah.
“Di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang manakala Selangor dan Sarawak masing-masing satu daerah iaitu di Klang dan Limbang.
“Bagi Sabah pula meliputi Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” kata kenyataan itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE