fbpx

Tuduh Pas bawa ideologi radikal berniat jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tuduhan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bahawa Pas membawa ideologi radikal dengan mesej berbaur ekstrimisme merupakan tindakan berniat jahat.

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Ahmad Yahaya berkata tuduhan itu dilihat bagi memomokkan perjuangan mempertahankan agama berwajah ekstrim.

“Di mana pertimbangan rasional, etika serta bersikap tidak bias dalam sesuatu penilaian yang cukup dititiberatkan oleh seseorang yang pernah berada lapangan akademik?

“Pas sentiasa mengamalkan prinsip politik bersemuka sejak awal penubuhannya. Ia terus dipertahan sepanjang masa.

“Suatu ketika kerajaan yang dikatakan meletakkan prinsip Madani di hadapan pernah menuduh Pas mengambil dana tajaan syarikat perjudian. Namun, kemudiannya Pas membuktikan komitmen menutup premis perjudian di salah sebuah negeri di bawah pentadbirannya, Adakah ini juga termasuk dalam definisi ekstrim oleh Ketua Pengarah J-KOM? ” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya, Pas sentiasa bersikap tegas terhadap perkembangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), liberalisme serta pluralisme yang bangkit mewajahkan diri sebenar mereka sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, Pas juga sentiasa mengingatkan umat Islam tentang bahaya golongan ini kepada akidah sebagai seorang Muslim.

“Adakah pendirian PAS itu juga suatu tindakan radikal? Kalau begitu, bagaimana pula sokongan besar rakyat terhadap Pas dan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

“Rakyat menilai tindak tanduk kerajaan pada hari ini. Saya menasihatkan Ketua Pengarah J-KOM agar fokus terhadap tugasan hakikinya. Ubah mentaliti kepada yang lebih matang ketika kuasa di pundak masing-masing.

“Usah menjadi ibarat kata pepatah mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI