fbpx

Remaja tak sempat ke rumah abang, maut diseret 100 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR SHAH disahkan meninggal dunia selepas terbabas dan diseret sebuah lori ketika dalam perjalanan ke rumah abangnya di Bangi.

ALOR GAJAH – Perjalanan seorang remaja menunggang motosikal ke rumah abangnya di Bangi, Selangor berakhir tragedi selepas terbabas dan diseret lori sejauh 100 meter di Kilometer 219, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 2.50 pagi itu, mangsa, Nor Shah Asrap Reduan, 16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah meninggal dunia di lokasi akibat parah pada seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, mangsa bersama abangnya yang menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Bangi.

Katanya, setiba di lokasi, motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah lori dari arah sama yang membawa muatan plastik ke Pulau Pinang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di lorong kiri, sebelum datang sebuah lori lain yang gagal mengelak lalu melanggar dan menyeret remaja itu sejauh kira-kira 100 meter.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan kemalangan telah dibuat oleh kedua-dua pemandu lori terlibat dan ujian saringan air kencing terhadap mereka didapati bebas sebarang bahan terlarang.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI