fbpx

Wan Azizah dikagumi di Indonesia – Acha Septriasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASA cinta Wan Azizah yang kuat terhadap keluarga menjadi inspirasi terbesar buat Acha bagi menjalani kehidupannya.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi seberang, Acha Septriasa sangat mengagumi sosok politik berpengaruh yang juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Acha atau nama sebenarnya, Jelita Septriasa menyifatkan Wan Azizah seorang wanita luar biasa yang begitu dekat dengan rakyat Indonesia.

“Pernah suatu ketika, dia menggantikan posisi suaminya yang berdepan kesulitan.

“Beliau mampu menjadi seorang ayah, memimpin parti politik dan juga pada masa sama, menjadi seorang wanita luar biasa.

“Bukan hanya di Malaysia, bahkan di Indonesia (beliau sangat dikagumi). Wan Azizah sangat memberi inspirasi kepada saya,” katanya kepada media menerusi panggilan video virtual pada majlis pelancaran filem Anwar, The Untold Story di ibu negara, baru-baru ini.

Memainkan karakter Wan Azizah dalam filem arahan sutradara, Viva Westi tersebut, Acha berkata, rasa cinta wanita itu terhadap keluarga sangat kuat sekali gus menjadi antara inspirasi terbesar kepadanya menjalani kehidupan.

“Secara akademik, pencapaian Wan Azizah sangat luar biasa. Dia merupakan seorang doktor perubatan.

“Cintanya terhadap keluarga sangat luar biasa. Semua nilai luar biasa yang terkandung dalam dirinya saya cuba sedaya upaya suntikkan dalam diri memainkan peranan beliau dalam Anwar, The Untold Story,” katanya lagi.

Terdahulu, Acha mendedahkan kepada media Malaysia bahawa dia pernah bertemu dengan Wan Azizah di ibu negara sebelum turun ke set penggambaran filem Anwar, The Untold Story yang menjalani penggambaran di Jakarta, Indonesia.

Ketika bertemu, pelantun lagu Sampai Menutup Mata itu dihadiahkan seutas gelang tasbih dan turut dibekalkan juadah masakan hasil air tangan Wan Azizah sendiri.

Filem Anwar, The Untold Story bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sekitar Mei depan.

Karya terbitan Bianglala Entertainment tersebut turut dibintangi Farid Kamil sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hasnul Rahmat yang memainkan karakter, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI