fbpx

Mahkamah: Pegawai penyelidik politik didakwa gagal patuh perintah SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shafiq ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Sadam Yusof

KUALA LUMPUR – Pegawai penyelidik, Mohamad Shafiq Abdul Halim didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi perintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diperiksa secara lisan berhubung siasatan yang dijalankan oleh agensi itu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Menurut pertuduhan, Mohamad Shafiq didakwa tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Penolong Penguasa SPRM, Shahidan Muhammad Saparudin mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) supaya hadir di pejabat agensi itu untuk diperiksa secara lisan berhubung siasatan di bawah akta berkenaan.

Mohamad Shafiq, 32, didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 Mac lalu di Ibu Pejabat SPRM di No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya.

Suzana membenarkan Mohamad Shafiq diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut pada 7 April ini untuk serahan dokumen.

Hakim berkenaan turut mengenakan dua syarat tambahan agar pasport diserahkan kepada mahkamah selewat-lewatnya esok sehingga perbicaraan selesai serta tertuduh melapor diri ke pejabat SPRM terdekat sekali sebulan.

Suzana turut mencadangkan pihak pendakwaan memfailkan permohonan rasmi untuk mendapatkan `perintah membisu’ (gag order) bagi melarang Mohamad Shafiq mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung pertuduhan terhadapnya.

Pada 23 Februari lalu, media melaporkan SPRM menahan individu yang membuat tuduhan bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mengaitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Mohamad Shafiq ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 3.30 petang sehari sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI