fbpx

Daulat Tuanku sohor kini di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Twitter trending 'Daulat Tuanku'.

KUALA LUMPUR – ‘Daulat Tuanku’ menjadi ‘trending’ di laman Twitter sejak petang tadi susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Kata-kata itu menjadi sebutan ramai apabila rata-rata netizen di laman tersebut menyatakan perasaan gembira atas keputusan yang dibuat oleh Al-Sultan Abdullah selepas pertemuan khas Raja-raja Melayu yang diadakan di Istana Negara pada petang tadi.

Seorang netizen, @OnlyeMie78 berkata, dia berharap Malaysia akan terus aman makmur dan berjaya melawan wabak Covid-19.

“Daulat Tuanku! Semoga Malaysia akan terus aman, makmur dan berjaya mengharungi detik getir Covid-19 ini dengan semangat bersatu padu dan jayanya,” katanya.

Sehingga kini, kata-kata dan tanda pagar Daulat Tuanku tersebut telah diciap lebih 13,000 kali di Twitter.

Terdahulu, baginda berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan kepada baginda hasil Mesyuarat Khas Kabinet pada Jumaat lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI