fbpx

Wanita hilang selepas kereta dihanyut arus banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi SAR bagi mengesan kedudukan mangsa yang dihanyutkan air deras bersama Perodua Myvi dalam kejadian di Kilometer 28 Jalan Nitar-Kahang, Mersing hari ini.

MERSING – Seorang wanita disyaki hilang selepas kereta dipandu dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28 Jalan Nitar- Kahang, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.49 pagi menyatakan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta Perodua Myvi. 

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati tiada tanda-tanda mangsa berada di lokasi. PKO bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2. 

“Pada pukul 1.50 petang usaha pencarian diteruskan di lokasi Felda Nitar 2 dimana mangsa dipercayai telah terbabas ke tebing jalan. Paras air di atas jalan raya kira-kira empat kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing mengesahkan kejadian melibatkan wanita warga tempatan berusia 23 tahun.

“Mangsa dikatakan memandu sebuah kereta perodua Myvi dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang. Wanita itu dipercayai telah memandu kenderaannya di jalan raya yang telah dinaiki air banjir dan dihanyutkan arus bersama-sama kenderaan yang dipandunya.

“Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diatur gerak sejak pukul 11 pagi sebaik maklumat diterima dari MERS 999 dan operasi ini melibatkan 27 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Endau dan Mersing,” katanya.

Katanya, sebanyak tiga buah bot kecil digunakan dalam SAR yang turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air, (PPDA) JBPM Skudai, Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI