fbpx

Denda atau penjara jika berbogel di bilik hotel Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
. Hukuman denda sebanyak RM6,649 jika seseorang itu didapati bersalah berbogel di dalam bilik hotelnya sendiri di Singapura. - Foto

SINGAPURA – Hukuman denda akan dikenakan jika terdapat aduan bahawa penghuni hotel berbogel di dalam biliknya sendiri di Singapura, lapor portal berita The Sun kelmarin.

Jika seseorang melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa terdapat penghuni  yang berbogel di dalam bilik hotelnya, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak S$2,000 (RM6,649) atau dipenjara selama tiga bulan di negara tersebut.

Ia adalah kerana perbuatan bogel tersebut dianggap sebagai tingkah laku lucah di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Ketenteraman Awam dan Gangguan) atau MOPONA di Singapura.

Sudah tentu, seseorang itu akan didapati bersalah jika perbuatan berbogel itu dilihat oleh orang lain dan ia menjadi pandangan umum. Justeru, tirai bilik hotel perlu ditutup dengan sempurna sekiranya penghuni tidak memakai seurat benang.

Pada tahun 2009, seorang lelaki didenda S$2,600 (RM8,644) selepas dia berbogel di dalam flatnya sendiri. Perbuatannya yang tidak memakai sebarang pakaian dilihat oleh jirannya.

Singapura turut menguatkuasakan undang-undang melarang mengunyah gula-gula getah, memberi makan haiwan liar dan mencuri WiFi milik orang lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI