fbpx

Klopp hilang kata-kata selepas ‘belasah’ United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAKPO menjaringkan gol ketiga ketika membantu Liverpool membelasah United 7-0 pada aksi EPL di Anfield awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Tiada kata-kata mampu diluahkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas pasukannya membelasah Manchester United 7-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Anfield awal pagi semalam.

Dua gol masing-masing jaringan Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah serta satu gol Roberto Firmino, sekali gus menyaksikan The Reds mencatat kemenangan terbesar ke atas musuh tradisi sejak 1895.

Walaupun menampilkan aksi agak hambar pada separuh masa pertama, namun pemain-pemain Liverpool menunjukkan penyudah cukup tajam di babak kedua bagi meranapkan ego skuad The Red Devils.

“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, satu perlawanan bola sepak yang cukup menakjubkan. Kami menampilkan corak permainan terbaik menentang sebuah pasukan yang sangat konsisten ketika ini.

“Aksi separuh masa pertama tidak seperti yang kami mahukan, namun kami berjaya ja­ringkan gol pertama. Di separuh masa kedua, segala-galanya menjadi untuk kami dan pemain langsung tidak kisah dengan prestasi semasa United,” katanya.

Menerusi kemenangan itu, Liverpool semakin mencerahkan peluang untuk berada dalam kelompok empat teratas apabila dibezakan tiga mata dengan Tottenham Hotspur selain beraksi kurang satu perlawanan.

“Masih banyak mata yang boleh dikutip sehingga ke penghujung musim. Kemenangan ini boleh menjadi pembakar semangat untuk perlawanan akan datang. Malam ini (semalam) kami buktikan kemampuan sebenar,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI