fbpx

K2

Malaysia Airlines prihatin terhadap penumpang ‘mangsa’ pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Semasa dunia bergelut dengan pandemik Covid-19, industri penerbangan di seluruh dunia berdepan detik suram sehingga sukar untuk diramalkan masa depannya.

Banyak penerbangan terpaksa dibatalkan walaupun ada penumpang telah membeli tiket sejak awal-awal lagi sebagai perancangan liburan dan percutian yang direncanakan.

Pasti ramai yang kecewa apabila bayaran tiket penerbangan telah pun dilunaskan, namun penerbangan terbatal ekoran ‘kuasa’ pandemik yang tidak mampu dilawan siapapun.

Menyedari masalah itu, selepas pandemik kian reda dan industri penerbangan kembali rancak, pelbagai syarikat penerbangan mengetengahkan inisiatif bagi menunjukkan keprihatinan kepada golongan yang terlibat.

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines misalnya telah mempraktikkan penggunaan baucar dalam talian atau e-baucar kepada mereka yang telah membeli tiket tetapi tidak dapat terbang pada tempoh penularan pandemik global itu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Ahmad Luqman Mohd. Azmi berkata, syarikat penerbangan itu telah membantu pelanggan yang berdepan masalah penerbangan sejak Mac 2020, yang diakibatkan oleh pandemik Covid-19.

Industri penerbangan kembali rancak setelah penularan pandemik Covid-19 kian reda.

“Sejak Mac 2020, Malaysia Airlines telah pun membantu pelanggan yang mana perjalanan mereka telah terganggu akibat penutupan sempadan, dengan membenarkan mereka untuk menukar tiket yang sudah ditempah kepada e-baucar.

“Malah, mereka juga diberi fleksibiliti untuk menempah semula tarikh perjalanan dalam tempoh sah yang lebih panjang. Organisasi kami percaya bahawa pelanggan adalah keutamaan kami,” ujarnya.

Tambahnya, dengan langkah sekatan perjalanan yang dipanjangkan, syarikat penerbangan itu telah pun membuat enam tempoh pemanjangan kesahihan, melibatkan lebih 600,000 kupon.

Dalam perkembangan terbaharu, Malaysia Airlines turut mengumumkan bahawa mereka berbesar hati untuk melanjutkan penggunaan e-baucar kepada pelanggannya hingga 31 Mac ini.

Pelanggan yang mempunyai tiket sedia ada yang dikeluarkan untuk perjalanan antara 1 Januari 2020 sehingga 29 Oktober 2022 dan tidak dapat melakukan perjalanan kerana pertukaran penerbangan atau gangguan, akan mempunyai pilihan untuk menempah semula perjalanan mereka sebelum 31 Mac ini dengan satu pilihan iaitu pertukaran tarikh bebas masa, dengan yuran perkhidmatan dan perbezaan tambang diketepikan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan digalakkan untuk menempah semula tiket mereka lebih awal untuk menikmati lebih banyak penjimatan untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun ini.

“Kami kini menggalakkan penumpang merebut peluang lanjutan ini untuk gunakan baucar mereka bagi menempah perjalanan yang akan datang sebelum ia tamat tempoh pada 31 Mac ini,” katanyaPenumpang yang ingin menempah semula perjalanan mereka ke mana-mana destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines boleh berbuat demikian antaranya dengan melayari laman web rasmi syarikat penerbangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI