fbpx

Dewan Rakyat: Malaysia tidak terlibat dengan kegawatan ekonomi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan yakin negara tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada tahun ini seperti yang diramalkan berlaku di kebanyakan negara sebelum ini.

Keyakinan itu disuarakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berdasarkan ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi negara antara 4 hingga 4.4 peratus.

Jelas beliau, berdasarkan keadaan ekonomi semasa negara, ia dijangka berkembang sehingga 4.5 peratus.

“Berdasarkan statistik ini, meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan global, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada 2023.

“Hal ini berdasarkan takrifan kegawatan atau kemelesetan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua  kali berturut-turut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mengenai pelan kerajaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pontian itu turut menegaskan bahawa kerajaan akan menumpukan pertumbuhan ekonomi negara yang saksama untuk rakyat.

“Selain itu, kerajaan juga akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik dengan memudah cara proses pelaburan dengan mewujudkan lebih banyak syarikat pemula berinovasi tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendaptan yang setimpal,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI