fbpx

Ceramah Ustaz Wadi batal selaras enakmen tauliah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Wadi Annuar

SHAH ALAM – Pembatalan dua sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar selaras dengan enakmen yang ditetapkan berkaitan pentauliahan mengajar agama Islam di Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum hantaran dimuat naik di laman Facebook dan media sosial mengenai pembatalan itu semalam.

Tegas beliau, nasihat yang diberikan kepada penganjur bagi sesi ceramah itu selaras ketetapan mengikut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

“Enakmen itu menetapkan bahawa hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah.

“Ia bagi pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara berkaitan Islam di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Shahzihan, JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak tertentu yang membuat hantaran kurang tepat mengenai prinsipal di media sosial.

“Keadaaan itu mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah). Ia juga menjejaskan pihak berkuasa agama dan kerajaan negeri Selangor,” katanya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI