fbpx

Cuaca baik sekitar Semenanjung, Sarawak diramal hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan sekitar Sarawak pada petang ini.

Amaran dikeluarkan susulan ramalan hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berterusan (waspada) sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuching, Serian, Saarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, dan Matu).

“Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila menunjukkan hujan atau ribut petir dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, keadaan cuaca di Semenanjung diramal dalam keadaan baik dan cerah apabila tiada sebarang laporan cuaca buruk dikeluarkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI