fbpx

Lagi sakit daripada jahitan beranak – Shuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGGAN lagi menoleh ke belakang, Shuhada sempat menitipkan ucapan selamat pengantin baharu buat Hafidz dan Athira andainya mereka akan berkahwin nanti.

PETALING JAYA – “Jahit bahagian sini (bahagian pipi) lagi sakit daripada jahit beranak. Sakit sangat-sangat. Nasib tak kena di mata.”

Demikian luahan sayu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri selepas ditumbuk sebanyak tiga kali hingga mengalami kecederaan serius dan terpaksa menerima 10 jahitan pada Khamis lalu.

Shuhada mengulas mengenai jahitan pada pipi kirinya susulan insiden ditumbuk menerusi program Melodi yang disiarkan TV3, semalam.

Katanya, 10 jahitan yang diterima pada bahagian pipi kirinya itu adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun dirinya yang ke-29 pada 1 Mac lalu.

“Selama ini, saya memang ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik. Apa yang sudah terjadi, Allah nak tunjuk saya memang tak boleh toleh ke belakang lagi.

“Saya perlu terus memandang ke hadapan dengan anak-anak saya, sama-sama ke depan. Cukuplah,” luah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi.

Memetik laporan tersebut, ditanya sama ada kekerasan yang dilakukan itu pernah berlaku sebelum ini, dia hanya menjawab suaminya lebih tahu keadaan sebenar.

“Rasanya dia lagi tahu. Saya tak nak komen sangat, benda dah lepas. Saya harap perkara ini boleh dijadikan iktibar untuk semua.

“Kalau pun pernah terjadi, saya serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan,” ulasnya yang menyerahkan tindakan lanjut kepada polis.

LUAHAN Shuhada dalam InstaStory yang mengharapkan doa orang ramai untuk dirinya terus kuat menempuh cabaran dalam rumah tangganya.

Wanita asal Perlis itu juga menyatakan, pihak ketiga tidak perlu berasa takut sekiranya dia bukan punca berlaku pergaduhan antaranya dengan suami.

“Kalau betul pihak ketiga tidak bersalah, dia tidak perlu takut. Saya memang di pihak yang benar. Saya sudah tujuh tahun berkahwin dengan Hafidz dan tahu perangai serta (cara) nak ‘handle’ dia.

“Daripada pengalaman lepas, apa yang berlaku, kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi kepada dia, memang saya bodoh untuk dapatkan luka macam ini.

“Orang luar tak kenal saya macam mana. Saya dan Hafidz masih bercakap baik. Saya juga tidak akan menjatuhkan maruah untuk pergi tarik rambut orang ketiga,” ujarnya.

Dalam wawancara sama, Shuhada turut menyentuh tindakan segelintir individu yang mendakwa dia sengaja menyebarkan aib menerusi pendedahan dilakukan.

Malah dia juga menegaskan tidak akan memburukkan suaminya di hadapan anak-anak kerana mereka tetap memerlukan kasih sayang seorang bapa.

“Anak-anak memang tak diberitahu apa-apa lagi, saya tidak mahu memburukkan ayah mereka,” ulasnya.

Pada masa sama, Shuhada sempat menitipkan ucapan sekiranya ditakdirkan suaminya itu mendirikan rumah tangga dengan ‘penyondol’, Athira Yuhada.

“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hiduplah dengan tenang dan bahagia dirahmati Allah. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” luahnya.

Pada Khamis lalu, Shuhada mendakwa Hafidz menumbuk bahagian mukanya sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Gara-gara perbuatan itu, dia menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri yang mengakibatkan kecacatan kekal.

Polis dilaporkan sudah memanggil Hafidz memberikan keterangan Sabtu lalu susulan dakwaan melakukan serangan itu.

Seputar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, serta Umar, 2.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu.

Wanita itu kemudian menfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI