fbpx

Pantun DBP perli siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantun yang dimuat naik oleh DBP di Facebooknya.

PETALING JAYA – Pantun empat rangkap yang dimuat naik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) dalam satu poster berserta nombor tujuh telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial hari ini.

Rata-rata pengguna seakan-akan memahami pantun tersebut ditujukan untuk siapa susulan Liverpool menang besar mengalahkan Manchester United 7-0 dalam juara Piala Liga Inggeris malam tadi.

“Satu dua tiga empat, lima enam tujuh setengah, sungguhpun pandai tupai melompat, ada masa jatuh ke tanah,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati ramai yang terhibur dan turut berbalas pantun bagi menjawab isu kekalahan teruk pasukan Red Devils itu.

“Lautan landai di Pantai Tumpat, batu berbungkah jalan berjaga, walaupun pandai tupai melompat, tersilap langkah terjatuh juga,” komen Pak Ngah.

“Dua atau tiga gol okay la.. ini tujuh. Lima tahun ke depan luka di hati masih sakit,” komen Mohd.

“Ada nombor tujuh pula.. admin memang cari pasal. Hari ini kalau tanya pelangi ada berapa warna pun boleh gaduh tau,” komen Adly pula.

Sehingga kini hantaran tersebut telah mendapat 1,600 tanda suka, 254 komen dan 552 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI