TAMPIN – Sebuah keluarga terkejut apabila anak mereka yang didakwa telah meninggal dunia dan hampir mengadakan upacara pembakaran rupanya masih hidup.
Menurut bapa mangsa, A.Chantren, 45, pada 3 Mac lalu dia menerima panggilan daripada Penjara Sungai Buloh yang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Susulan panggilan itu dia telah ke hospital berkenaan untuk menuntut mayat ‘anaknya’ berusia 19 tahun itu.
“Bagaimanapun, saya binggung kerana mayat itu langsung tidak menyerupai wajah anak saya selain ada kesan jahitan akibat bedah siasat dan berkepala botak.
“Hanya beberapa jam sebelum upacara pembakaran bakar mayat, hospital telah telefon dan kata anak saya masih hidup. Kami sekeluarga terkejut, jadi mayat siapa yang ada di dalam rumah kami,”katanya ketika ditemui dirumahnya semalam.
Ekoran kejadian itu katanya, dia dan keluarga sedikit terganggu emosi selepas banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk upacara pembakaran mayat yang bukan anaknya itu. – KOSMO! ONLINE.