fbpx

Kumpulan di Malaysia dikait IS dalam ‘radar’ PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi aktiviti media sosial kumpulan di negara ini yang dikaitkan dengan Islamic State (IS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, maklumat diperoleh daripada Nordic Counter Terroism Network dari Finland yang dilapor media mendakwa terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan di Malaysia yang dikaitkan dengan IS.

Katanya, PDRM terus mengesan dan memantau secara rapi penyebaran propaganda kumpulan berkait, yang dikongsi di media sosial sebagai cara meraih sokongan terhadap IS.

“Salah satu langkah PDRM adalah mewujudkan kolaborasi rapat dengan agensi-agensi keselamatan serantau bagi memantau penyebaran propaganda sedemikian, supaya tindakan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang dikenal pasti terbabit.

“Dalam usaha ini, kesemua agensi sedang memainkan peranan secara aktif dan pemantauan ditingkatkan bagi memastikan tahap ancaman keselamatan terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Acryl, orang ramai dinasihat tidak gusar dengan laporan media mengenai aktiviti penyebaran propaganda oleh pihak yang menyokong IS, dan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara adalah terkawal.

“Pada masa sama PDRM juga komited dalam memastikan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan ketenteraman awam, diambil tindakan tegas tanpa kompromi demi mengekalkan kesejahteraan masyarakat,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI