fbpx

Satu perlawanan penuh kegilaan – Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain dan pegawai pasukan Arsenal meluru ke padang meraikan kemenangan The Gunners 3-2 ke atas Bournemouth di Stadium Emirates kelmarin. – AFP

LONDON – Arsenal kembali melebarkan penguasaan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan lima mata susulan kemenangan dra­matik 3-2 ke atas Bournemouth di Stadium Emirates malam kelmarin.

The Gunners dilihat hampir-hampir mensia-siakan kelebihan mereka apabila ketinggalan dua gol kepada The Cherries sebelum bangkit meledak tiga jaringan dalam babak kedua.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menghambur pujian tinggi kepada barisan pemainnya kerana tidak berputus asa dan terus mencari peluang jaringan untuk mengutip tiga mata penting dalam aksi itu.

“Ia merupakan satu perlawanan yang penuh dengan kegilaan. Kami sentiasa berusaha dan terpaksa ‘memanjat gunung yang tinggi’ sedikit demi sedikit untuk mendapat ganjaran lumayan ini.

“Kebangkitan ini bermula selepas kami mendapat gol pertama. Pemain menunjukkan keinginan yang tinggi dan tidak berhenti sehinggalah gol ketiga pada penghujung perlawanan.

“Saya akan mengingati perlawanan ini bukan disebabkan keputusan tetapi segala-galanya yang ditunjukkan oleh para pemain. Ini adalah sikap yang sepatutnya ada dalam setiap pemain,” kata Arteta.

Arsenal terlebih dahulu ke­tinggalan satu gol kepada Bournemouth menerusi Phillip Biling seawal minit pertama sebelum pelawat menggandakan kedudukan hasil jaringan Mascos Senesi pada minit ke-57.

Kebangkitan Arsenal bermula dengan gol daripada Thomas Partey pada minit ke-62 sebelum Ben White menyamakan kedudukan buat tuan rumah lapan minit kemudian.

Pemain sayap gantian, Reiss Nelson yang mencetak umpanan jaringan buat White, muncul wira The Gunners dengan gol kemenangan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-97. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI