fbpx

Agong bertitah tiada keperluan isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memutuskan tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat di negara ini selepas bersidang dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dalam titahnya berpandangan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala `politicking’ yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan memperhalusi permohonan dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu.

Jelas beliau, permohonan tersebut adalah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI