KANGAR – Seorang wanita maut dipercayai akibat ditembak suaminya yang juga seorang anggota polis dalam kejadian di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dekat sini kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Mangsa yang berusia 26 tahun merupakan seorang suri rumah manakala suspek berusia 27 tahun dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.
Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit tidak mempunyai masalah dan sempat minum bersama di dapur sebelum kejadian berlaku.
Berita menyusul. – KOSMO! ONLINE