fbpx

JPJ perlu kuasa kenakan tindakan ubah suai kenderaan asing seludup diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad meneliti kenderaan pacuan empat roda dari negara jiran yang diubah suai untuk tujuan penyeludupan di Stor JKDM Bukit Kayu Hitam, hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Kerajaan perlu meminda undang-undang bagi membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap kenderaan asing yang diubah suai untuk melakukan penyeludupan diesel ke negara jiran.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya mendapati JPJ ketika ini tidak memiliki kuasa untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan asing yang melakukan pengubahsuaian.

Kata beliau, ia menyebabkan kenderaan tersebut kembali digunakan untuk melakukan jenayah sama setelah pemilik membayar kompaun atas kesalahan penyeludupan dilakukan sebelum itu.

“Jadi saya akan cadangkan kepada Perdana Menteri mengenai kemungkinan pindaan akta yang membolehkan JPJ mengambil tindakan terhadap pengubahsuaian kenderaan asing bagi tujuan penyeludupan.

“Sekarang ini kita seakan tidak boleh ambil tindakan terhadap kenderaan sedemikian sedangkan tujuan utama ubah suai tersebut adalah melakukan penyeludupan diesel yang menyebabkan ketirisan subsidi sekali gus merugikan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI