fbpx

Finas, SKMM ambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fahmi (tengah) ketika ditemui pemberita di UiTM Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini. Foto oleh MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI / KOSMO!

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap produksi filem indie kontroversi, Mentega Terbang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, saluran penstriman dalam talian yang menayangkan filem berkenaan sudah mengeluarkan Mentega Terbang daripada saluran mereka pada 27 Februari lalu.

“Pihak Finas sedang menyiasat beberapa aspek lain (terhadap Mentega Terbang) sekiranya mereka ada buat kesalahan di bawah undang-undang badan ini.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), (Datuk Mohd. Na’im Mokhtar) pun telah memberi maklum balas mengenai filem itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Pengagihan PerantiSiswa serta merasmikan MyDIGITAL Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi mendakwa filem tersebut sudah dikongsikan oleh pengguna media sosial sejak tahun 2021 dan bukannya baru-baru ini.

Tangkap layar filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa sebagai penghinaan kepada agama Islam.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan terdahulu tidak mengambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang sebelum ini.

“(Selain tayangan di saluran penstriman), terdapat beberapa pihak yang dilihat sengaja menularkan beberapa sedutan video filem itu, seolah-olah ada ‘udang di sebalik batu’.

“Apapun, kerajaan sekarang ini akan menyelesaikan isu ini yang tidak diselesaikan sebelum ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi mengingatkan kepada semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang telah ditetapkan Finas dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Terdahulu, Mohd. Na’im mahu Jakim mengemukakan ulasan terperinci kepada SKMM supaya tindakan undang-undang dapat diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI