fbpx

Keputusan permohonan ke tingkatan 1 sekolah khusus diumum 17 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Ibu bapa atau penjaga yang telah memohon kemasukan anak mereka ke tingkatan satu sekolah khusus boleh membuat semakan keputusan mulai 17 Mac depan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan menerusi pautan laman sesawang rasmi Sistem Permohonan Sekolah Khusus Ke Tingkatan Satu (SPSKT1) yang turut dikongsi pentadbir laman sosial Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Malaysia.

Semakan tawaran tersebut boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ atau aplikasi perkhidmatan elektronik kementerian berkenaan iaitu https://www.moe.gov.my.

SPSKT1 diperkenalkan ekoran pengumuman bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin membatalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2020.

Ia menjadi kaedah baharu pemilihan murid tahun enam di sekolah rendah memasuki SBP dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dikendalikan pihak kementerian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI