fbpx

44,860 mangsa berlindung di 260 PPS seluruh Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKARELAWAN menurunkan Rubiah Abdullah, 92, dari Kampung Parit Tengah Mukim Tujuh untuk dibawa masuk ke PPS Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Batu Pahat.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini semakin meruncing apabila seramai 44,860 mangsa yang ditempatkan di 260 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di seluruh Johor, setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan berbanding seramai 42,704 mangsa yang ditempatkan di 252 PPS, setakat pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa terkini itu terdiri daripada sebanyak 13,029 buah keluarga.

MEDAN Selera Yong Peng, Batu Pahat ditenggelami banjir selepas air Sungai Bekok melimpahi tebing.

“Kesemua 10 daerah di negeri ini kembali terjejas akibat banjir disebabkan hujan berterusan yang telah memasuki hari keempat dengan daerah yang menempatkan paling ramai mangsa adalah Batu Pahat dengan seramai 14,030 mangsa.

“Ini diikuti daerah Segamat (13,334 mangsa); Kluang (5,296 mangsa); Muar (4,055 mangsa); Kota Tinggi (3,251 mangsa); Tangkak (3,007 mangsa); Mersing (975 mangsa); Johor Bahru (514 mangsa); Pontian (335 mangsa) dan Kulai (63 mangsa).

“PPS yang sebelum ini telah ditutup di daerah Kulai telah dibuka semula apabila terdapat beberapa kawasan kembali dilanda banjir setelah hujan berterusan, semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azmi, jumlah mangsa yang maut akibat banjir di negeri ini adalah seramai empat orang iaitu K. Sarathkumar yang menetap di Kluang, dan Lee Amo Yee, Tan Sue Ke dan A. Fatimah yang menetap di Segamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI