fbpx

Peminat puas hati konsert Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peminat setia kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink berpuas hati dengan kualiti dan energi yang dipersembahkan pada konsert jelajah dunia, Born Pink yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi lambakan video dimuat naik dalam media sosial khususnya TikTok, kebanyakan peminat berkongsi kegembiraan dan rakaman persembahan hebat Blackpink yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose.

Antara persembahan yang paling meraih perhatian ramai ialah Money iaitu nyanyian solo Lisa dan lagu popular kumpulan itu, How You Like That.

Malah ada juga yang bersyukur kerana cuaca sepanjang hari ini sangat baik dan tidak hujan.

“Persembahan hebat sebegini barulah rasa berbaloi beli tiket walaupun harga mahal,” komen netizen.

“Hebat betul penangan Blackpink, seluruh stadium bertukar menjadi warna merah jambu!” kata seorang netizen teruja.

Dalam pada itu, gelagat comel Jisoo menyebut perkataan bahasa Malaysia iaitu ‘korang’ yang bermaksud kalian turut menggamatkan lagi suasana di stadium.

“Hai korang, nama saya Kim Ji-soo,” katanya ketika memperkenalkan diri sebelum disambut dengan sorakan peminat.

Sejak semalam, nama keempat-empat anggota Blackpink sohor kini dalam Twitter termasuk tanda pagar #LalisagegarMalaysia #rosebersinardiMalaysia.

Difahamkan, jumlah penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil ialah sekitar 60,000 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI