fbpx

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya di Pahang dan Johor, hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya malam tadi, kawasan yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang dan Mersing.

“Amaran hujan berterusan kategori buruk turut dikeluarkan di Pahang (Pekan) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak, kawasan yang diramal menghadapi cuaca yang sama adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong),” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran hujan berterusan kategori waspada turut dijangka berlaku di negeri Pahang (Maran, Kuantan dan Bera) dan Sarawak (Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI