fbpx

Liga Super: KUFC, Perak FC masih gagal buru kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Mohd. Hadi Fayyadh mengasak gawang KUFC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN MFL

KOTA BHARU – Kelantan United FC (KUFC) dan Perak FC masih gagal mencapai misi kemenangan sulung dalam saingan Liga Super apabila kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan dilihat terdesak untuk memburu kemenangan pertama mempersembahkan perlawanan berintensiti tinggi bermula minit-minit awal perlawanan.

Perak FC lebih garang mengasak kubu pasukan tuan rumah pada awal separuh masa pertama sebelum perlawanan kembali seimbang memasuki minit ke-20.

Beberapa peluang diperoleh kedua-dua pasukan gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan saling menggandakan asakan untuk mencari gol pembukaan dalam misi memburu kemenangan sulung.

KUFC bagaimanapun dilihat lebih garang mengasak sementara Perak FC lebih tertumpu untuk mengintai peluang untuk melancarkan serangan balas ke kubu tuan rumah.

Memasuki minit ke-78, pengendali KUFC, Tomas Trucha membuat perubahan taktikal dengan memasukkan Ernist Batyrkanov menggantikan Jose Elmer Porteria untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan.

Kemasukan Batyrkanov seperti memberi tenaga baharu buat KUFC yang hampir memecah kebuntuan gol apabila melambungkan hantaran di depan gawang, tandukan Devid De Santana Silva pada minit ke-83 berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gawang pelawat, Tian Kiat See.

Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga wisel penamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI