fbpx

Filem sentuh sensitiviti agama perlu diambil tindakan – Majlis Ulama UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin.

PETALING JAYA – Majlis Ulama UMNO (MUU) menegaskan filem-filem yang menyentuh sensitiviti agama oleh rakyat Malaysia tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya memandang serius normalisasi filem yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Katanya, demi menjamin keharmonian antara agama, tidak wajar filem seperti itu dibiarkan berleluasa menerusi saluran bebas walaupun atas nama kebebasan berkarya.

“Umat Islam tidak sepatutnya terlibat dengan penerbitan filem seumpama itu sama ada sebagai penerbit, penulis skrip, pelakon atau apa sahaja yang berkaitan.

“Agensi-agensi berkuasa lain perlu segera bertindak tegas menurut undang-undang yang ada di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, MUU mengalu-alukan langkah segera kerajaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita berharap selepas ini tiada lagi unsur-unsur termasuk penerbitan filem yang cuba menimbulkan keresahan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Jakim telah diminta bertindak segera berhubung isu filem Mentega Terbang selepas didapati bertentangan dengan akidah umat Islam di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI