fbpx

Fumio Kishida dikecam kaitkan pinjaman pelajaran dengan kelahiran anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kishida bergelut untuk meningkatkan kadar kelahiran yang rendah. - LA Times

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menerima kecaman hebat daripada rakyat atas cadangan kerajaan untuk mengurangkan hutang pelajar, khusus bagi mereka yang mempunyai anak.

Cadangan itu dikeluarkan ketika negara matahari terbit itu bergelut untuk meningkatkan kadar kelahiran yang rendah.

Kishida telah berikrar untuk menangani kadar kelahiran yang rendah dan Parti Liberal Demkratik (LDP) yang diwakilinya merancang cadangan dasar itu namun, ia ternyata mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Pengurangan hutang pelajar dan sama ada seseorang individu mempunyai anak atau tidak, bukankan dua isu yang sama sekali berbeza? Ini adalah dasar yang memerlukan kanak-kanak sebagai balasan untuk mengurangkan hutang pelajar.

“Ia langkah yang teruk dan belum pernah berlaku sebelum ini untuk menangani kadar kelahiran rendah,” kata ahli parlimen pembangkang, Noriko Ishigaki.

Kishida bagaimanapun hanya mengulas sedikit mengenai cadangan itu selain menegaskan bahawa ‘perdebatan bebas dan bersungguh-sungguh mengenai isu itu perlu dihormati’.

Sementara itu, seorang ahli parlimen LDP, Masahiko Shibayama memberitahu stesen televisyen TBS dan TV Asahi bahawa rancangan tersebut bertujuan untuk menyokong kewangan keluarga yang mempunyai anak, bukan menghukum mereka yang tiada zuriat.

“Kami membincangkan isu ini sebagai sokongan untuk membesarkan anak dan bukannya dasar yang dikaitkan dengan melahirkan anak,” katanya kepada TV Asahi.

LDP dijangka menyerahkan cadangan dasar itu kepada kerajaan Kishida menjelang akhir bulan ini, demikian menurut media tempatan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI