fbpx

Tiga wanita transgender diserang pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA wanita transgender itu diserang di hadapan premis Soi Cowboy. - Channel 7 /Facebook

BANGKOK – Tiga wanita transgender diserang sekumpulan pemandu teksi berhampiran lokasi hiburan waktu malam yang popular, Soi Cowboy di Bangkok, Thailand, pagi Selasa lalu, lapor laman berita Thaiger.

Salah seorang mangsa, Watchaya yang berusia 24 tahun berkata, kejadian itu berlaku selepas rakan-rakannya bertelagah dengan seorang lelaki warga asing di sebuah bar pada Isnin lalu.

Lelaki itu menuduh mereka terlanggarnya semasa dia sedang menari. Walaupun sudah meminta maaf, lelaki itu masih bersikap agresif.

Pada pukul 4 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya, lelaki itu menunggu Watchaya dan rakan-rakannya di luar premis Soi Cowboy di mana mereka kembali bertelagah.

Semasa kejadian, Watchaya membaling kasut ke arah lelaki itu, tetapi secara tidak sengaja terkena sebuah teksi. Pemilik teksi itu berang lalu menyerang mereka bersama tujuh rakannya.

Salah seorang rakan Watchaya tidak sedarkan diri ketika kejadian. Seorang saksi kemudian datang membantu mereka dan membawa mangsa ke hospital. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI