fbpx

14,426 pesakit jalani dialisis – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha melihat replika buah pinggang ketika hadir merasmikan Majlis Penutup Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia di Kampung Felda Sendayan, Seremban hari ini.- UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seramai 14,426 pesakit menjalani dialisis dengan 8,574 daripada mereka dirawat menggunakan kaedah hemodialisis dan bakinya secara peritoneal sehingga akhir tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah tersebut adalah pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan.

“Angka ini dianggap masih rendah, namun usaha berterusan perlu dilakukan supaya kita dapat memahami penyakit ini lebih baik dan berusaha mencegahnya.

“Selain mengamalkan gaya hidup sihat, kaedah terbaik adalah melakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan penyakit ini sejak awal supaya tindakan dapat dilakukan dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia di Kampung Felda Sendayan dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zaliha berkata, kerajaan berharap dapat melancarkan Skim Perubatan Madani seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Madani 2023 sebelum Jun ini.

Kata beliau, skim itu yang bertujuan membantu golongan miskin dan mengurangkan kesesakan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan di hospital kerajaan kini sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI