fbpx

Segerakan projek tebatan banjir di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED ketika melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang bakal dilaksanakan di Kota Tinggi perlu disegerakan agar masalah banjir yang kerap berlaku di daerah ini dapat diatasi.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua projek tebatan dengan kos bernilai RM700 juta dari Kerajaan Persekutuan itu dimana satu daripadanya sudah pun selesai ditenderkan.

Katanya, bagaimanapun satu lagi projek sedang dalam proses untuk ditenderkan dan ia perlu dimulakan segera.

“Ada dua projek, satu sudah pun ditender, satu lagi saya dalam kabinet pun ada maklumkan supaya disegerakan untuk ditender projek ini kerana kita berharap jika ia dapat dimulakan segera dapatlah kita memastikan banjir di Kota Tinggi ini yang kerap berlaku tidak lagi berlaku.

“Kedua-dua projek tebatan banjir yang besar itu diumumkan oleh Perdana Menteri melibatkan kos lebih kurang RM700 juta,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan pihak kementerian sudah mengenal pasti penuntut institut pengajian tinggi yang terkandas akibat banjir.

“Memang ada, sudah dikenalpasti ada pelajar yang terkandas dan sebagainya. Itu universiti masing-masing akan beri perhatian dan akan ambil peranan bagaimana boleh menyumbang mengurangkan kesan kepada mereka,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI