SETIAP orang punya cara tersendiri untuk menyihatkan diri dan begitu juga pelakon popular Janna Nick yang menekankan gaya hidup sihat.
Baginya, bersenam dapat membantu menghilangkan tekanan dalam diri, selain memberi kestabilan terhadap emosi.
“Kalau tanya saya bagaimana untuk bahagia dan kawal emosi walaupun ada masalah kesihatan mental, jawapannya ialah hidup aktif serta pemakanan sihat,” kongsinya.
Baguslah juga apabila sesekali Janna berkongsi hal-hal sebegini. Sekurang-kurangnya dapat memberi informasi yang bagus.
Namun, ada pula memberi fokus terhadap benda lain iaitu pemakaian Janna yang berseluar ketat.
“Aku yang lelaki pula malu melihatnya. Semoga diberikan hidayah dan penampilan akan berubah,” komen netizen.
Sabarlah Janna, kecaman pun memang sudah menjadi kebiasaan untuk awak bukan? Jadi, hadap sajalah.
DIVA: Ramai betul selebriti tanah air turun naik mahkamah minggu ini, sampai keliru!