TERBELIAK biji mata Diva baru-baru ini apabila si cantik Uqasha Senrose dikatakan semakin gemuk oleh netizen.
Punyalah ramping pinggang isteri kepada Kamal Adli itu, tetapi masih didakwa sudah semakin berisi.
“Sudah berisi tubuhnya. Gemuk,” komen netizen.
Kadangkala terfikir juga bagaimana segelintir individu mempunyai keberanian melemparkan komen negatif kepada orang lain. Kental sungguh hati. Tapi memang wujud manusia tiada hati perut dalam menulis, tak ada bahasa dan tiada adab walaupun dengan rakan sekerja atau orang atasan yang lebih berusia.
Nasib baiklah Uqasha bukan jenis cepat melenting, malah dibalas komen itu dengan ayat yang sopan.
Bahkan pelakon drama Akira Khan itu juga berseloroh perlu mengamalkan diet supaya mendapat tubuh langsing.
“Hendak buat macam mana, tidak mengapalah. Mana yang baik kita ambil dan perbaiki.
“Siapa yang menegur sampai hendak menjatuhkan, kita buang jauh-jauh,” kata Uqasha.
Suka dengan jawapan Uqasha. Tak perlulah fikir sangat komen netizen dan jadi diri sendiri sahaja. Sekarang pun sudah cukup cantik.
DIVA: Penat jadi selebriti, naik berat badan walau hanya sekilo pun sudah dilabel sebagai gemuk.