fbpx

Rancak pula Sophia AlBarakbah tayang kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS dilanda kontroversi pengganggu rumah tangga orang, Sophia dilihat cuba memadam tuduhan tersebut apabila kerap menayang kekasihnya dalam media sosial.

NAMA Sophia AlBarakbah nampaknya tidak mudah sepi daripada radar dunia hiburan tanah air ketika ini.

Selepas reda dakwaan jatuh cinta terhadap Aliff Aziz, semakin rancak pula Sophia berkongsi tentang kekasih hatinya.

Sebelum ini jarang dia berkongsi atau hanya sekilas lalu, tetapi sekarang semakin rancak pula.

Baru-baru ini Sophia berkongsi lagi foto seorang lelaki sambil berpegangan tangan dipercayai kekasih hatinya yang dikatakan bekerja sebagai pakar perubatan.

Semakin hari semakin terbuka Sophia berkongsi perihal peribadinya. Sebelum ini dia pernah berkata tidak terbuka untuk mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum. Tiba-tiba terbalik pula.

Difahamkan, si kekasih turut hadir menemaninya menghadiri sebuah acara anugerah baru-baru ini.

Seperti yang Diva fikirkan sebelum ini, adakah itu sebagai pembuktian bahawa hatinya setia pada si kekasih sahaja, sekali gus menangkis semua tohmahan liar orang ramai.

DIVA: Banyak juga babak mesra Sophia dengan Aliff dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Mana ‘jaga ikhtilatnya’?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI