fbpx

Kerajaan akan segerakan wang bantuan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMIZAN (tengah) mengadakan lawatan ke atas penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Pagoh, Muar, hari ini.

MUAR – Kerajaan akan menyegerakan pemberian wang ihsan kepada penduduk terjejas banjir sebagai membantu meringankan beban golongan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) proses penyaluran insentif itu akan mengambil masa selewat-lewatnya seminggu.

“Diperingkat Nadma pusat baru-baru ini, kita telah menggariskan Indeks Pencapaian Utama (KPI) bahawa bahawa dalam tempoh seminggu paling lewat, peruntukan itu sudah disalurkan ke negeri dan daerah terlibat.

“Itu Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan sebaik sahaja kita menerima maklumat yang disahkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana dan daerah,” katanya selepas mengadakan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Pagoh, di sini, hari ini.

Oleh demikian kata Armizan, agensi yang bertanggungjawab menguruskan wang bantuan kepada mangsa banjir diminta untuk menyalurkan insentif itu dengan segera sebaik peruntukan diterima.

“Nadma akan salurkan bantuan serta-merta, namun kita faham bahawa yang melaksanakan operasi dan mengetahui keadaan akar umbi adalah Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah.

“Dalam insiden banjir khususnya berskala besar, ia memerlukan masa untuk semakan status dan data supaya tiada pertindihan dalam memastikan semua mangsa yang berkelayakan menerima bantuan.

“Walaupun jumlah mungkin tak banyak iaitu dalam kadar RM1,000, tapi saya harap ia cukup bernilai dan bermakna kepada mereka yang kerugian,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI