fbpx

Kuskop peruntuk RM50 juta perkasa usahawan francais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (tiga kanan) menyaksikan pertukaran MoU antara Pernas dan MARDI pada program itu.

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memperuntukkan RM50 juta bagi memperkasakan usahawan francais menerusi pelbagai skim pembiayaan di bawah Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, peruntukan itu antaranya meliputi skim bagi francaisi, francaisor, pra-francais dan program Business In Transformation (BIT).

Katanya, sejumlah RM299 juta pembiayaan francais disediakan kepada 1,859 usahawan melalui pelbagai skim yang disediakan.

“Masyarakat secara umumnya mempunyai persepsi bahawa perniagaan francais memerlukan modal yang besar.

“Namun, mereka kini berpeluang menceburi indiustri francais kerana terdapat pelbagai pakej perniagaan pra-francais mampu milik yang boleh diterokai,” katanya selepas merasmikan Business in Transformation Expo (BITe) 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini.

Jelas Ewon, program BIT mampu membantu usahawan mikro dan kecil menjalankan perniagaan dengan lebih kompetetif serta efisien.

“Sepanjang tahun lalu, Pernas telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM9.9 juta kepada 313 usahawan program tersebut. Bagi tahun ini, sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan BIT yang akan memberi manfaat kepada 60 usahawan,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI