fbpx

Banjir: Keadaan semakin buruk di Johor, 37,528 mangsa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir di Johor menjejaskan ramai penduduk

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan peningkatan kepada 37,528 orang daripada 10,792 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 37,322 orang daripada 10,793 keluarga ditempatkan di 238 pusat pada pukul 8 pagi.

Beliau berkata, kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 240 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini iaitu, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Muar, Kota Tinggi, Tangkak, Mersing, Johor Bahru dan Pontian.

“Segamat masih menjadi daerah paling teruk terjejas yang menempatkan 12,900 mangsa daripada 3,783 keluarga diikuti Batu Pahat (7,830 mangsa daripada 2,294 keluarga), Kluang (5,285 mangsa daripada 1,533 keluarga) dan Kota Tinggi (3,283 mangsa daripada 879 keluarga).

“Turut terjejas ialah Muar (3,278 mangsa daripada 952 keluarga), Tangkak (2,661 mangsa daripada 754), Mersing (964 mangsa daripada 280 keluarga), Johor Bahru (699 mangsa daripada 226 keluarga) dan Pontian (358 mangsa daripada 91 keluarga,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI